CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 11, 2008

Usman Awang dan sajak

Karya sastera seperti sajak merupakan ciptaan seni yang menggunakan bahasa sebagai alat penyampaian. Bahasa mempunyai peranan yang amat besar kerana dengan bahasa jugalah segala tujuan yang hendak disampaikan oleh pengarang dapat diikuti dan difahami oleh pembaca. Hubungan erat antara kesusasteraan dengan masyarakat memang tidak dinafikan lagi.

Kesusasteraan dalam hubungan kemasyarakatan merupakan satu cara untuk ,melahirkan pengalaman hidup dalam bentuk kata-kata. Jika kita lihat, ramai penyair yang menyatakan kesusasteraan mencerminkan kehidupan atau berbagai rupa pengalaman hidup manusia samaada berupa gambaran masyarakat atau corak kepercayaan masyarakat yang lahir secara bersahaja, disamping bertujuan untuk menghibur dan sampaikan sesuatu mesej

Memandangkan kesusasteraan lahir bersama-sama masyarakat, maka ianya berkembang selaras dengan arus perubaha dan kemajuan masyarakat. Ini bermakna kesusasteraan tercipta sepanjang masa dan tidak terikat oleh waktu. Seorang ahli seni ialah penulis yang boleh menggambar kehidupan yang senyata-nyatanya dan segala yang dijadikan bahan penulis itu ialah kenyataan dan kebenaran

0 comments: